Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. - x
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.- mcm x
- Perut anda “rendah”. - xsure
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil. - confirm x
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.- mabok smpai skrg kot
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. - lom check
- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. - xsempat tgk cemin lama2
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. - daging xle mkn lsg mula2 ritu. mengidam apetah lagi
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil. - xde rasenye
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. - ni bkn karut ke? xpenah try
- Kulit anda menjadi kering. - ya
- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap. - ganjil
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil. - ya
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil. - xcukur xtau
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala. - tak
- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur. - x
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah. - ya
- Anda tidur mengiring ke kiri. - x
- Air kencing anda berwarna kuning cerah. - ya
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu. - err xpasti
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda. - x kot
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”. - ya
- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya. - ya
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit. - ya
- Perut anda bulat. - ye kot
- Perut anda “tinggi”. - macam x
- Muka anda tidak berseri-seri. - ya
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan. - ya
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan. - lom check
- Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang. - xpasti
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. - ya
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri. - xtry
- Kulit anda lembut. - ya
- Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. - ya
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas. - x
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku. - ...
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih. - xkot
- Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil. - ya
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil. - tak
- Anda tidur mengiring ke kanan. - ya
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur. - tak
- Air kencing anda berwarna kuning samar. - tak
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”. - tak
Semakan terakhir: Julai 2012
aku betul enam je dlm ciri2 anak lelaki tu masa ngandung dulu. tp yg anak pompuan tu lg banyak yg tak la. mcm bentuk perut tu even doctor pun cakp nmpak perut aku mcm ank pompuan..tp sebnarnye lelaki huhu.syok la hannah nk dpt adik dah :)
ReplyDeleteowh aku pye score. lelaki 6 ya. pompan 8. hehe
ReplyDelete