from FB kawan hehe
1. Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala
bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
Anda mungkin terasa:
- Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- Sakit perut & memulas
- Kerap buang air besar
- Kerap terkentut
* rase baby cm lom turun bawah lagi. tp kerap buang air kecil n besar tu ade.. (lambat lagi?)
2. Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu
rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu
rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari
sebelum bersalin. Segera ke hospital.
* Belom!
3. Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti
merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan
badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi
lagi.
Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
* Sakit belakang mmg sentiasa... Tp bkn tahap ni..
4. Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
* OK kalu da tanda no 1 pon lom complete lagi.. tanda2 seterusnye mmg kompem BELOM!
5. Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
6. Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
*MACAM LAMBAT LAGI JEEE..TP CM DA XLARAT NK KEJE. MAU CUTI!
- me @ 38 weeks + 6 days
No comments:
Post a Comment
tq for caring n sharing =)