Abang n Huny

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Kids Birthday

Lilypie - Second Birthday

Wednesday, January 7, 2015

Cara tentukan Jantina Bayi - 3rd Pregnancy

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. - ya
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.- ya
  • Perut anda “rendah”. - ya
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil. - ya kot (mcm ramai ckp :p)
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.- ya
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. - xperasan
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. - xpasti
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. - ya
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil. - xsure
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. - xpenah try
  • Kulit anda menjadi kering. - tidak
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap. - genap
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil. - tidak
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil. - xcukur xtau
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala. - tak
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur. - x
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah. - ya
  • Anda tidur mengiring ke kiri. - x
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah. - tak
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu. - err xpasti
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda. - x kot
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”. - ya
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya. - ya

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit. - tidak
  • Perut anda bulat. - tidak
  • Perut anda “tinggi”. - tidak
  • Muka anda tidak berseri-seri. - tidak
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan. - tidak
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan. - xpasti
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang. - xpasti
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. - ya
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri. - xtry
  • Kulit anda lembut. - ya
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. - ya
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas. - x
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku. - ...
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih. - xkot
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil. - x
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil. - tak
  • Anda tidur mengiring ke kanan. - ya
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur. - tak
  • Air kencing anda berwarna kuning samar. - tak
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”. - tak
lelaki 10 , perempuan 4
kesimpulan: macam boy je..

tapi xtaula..sebab bile scan xnampak pon hehe.. and ade sekali tu doc kata macam perempuan :p
tunggu dan redha jelaaa huhu 

No comments:

Post a Comment

tq for caring n sharing =)