Abang n Huny

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 18, 2012

ucapan takziah..

Takziah kepada bos saya yang telah kehilangan cahaya mata nya yang pertama pagi ni..Arwah baru sahaj berumur 4 tahun dan saya lihat wajahnya bersih seperti tidur sahaja..Subhanallah. Semoga arwah ditempatkan di syurga tertinggi dan semoga keluarga bos saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.

Saya, secara jujurnya sangat sukar untuk menerima kematian. Dan untuk pertama kali saya pergi berkunjung dan melihat sekujur mayat . Setibanya di sana, saya dah mula rasa sebak..Tak dapat saya bayangkan jika saya berada di tempat bos saya. Ibu mana yang xsedih kehilangan cahaya mata..dan saya berdoa semoga saya dan keluarga saya dilindungi dan diberi kesihatan serta dipanjangkan umur. Walaupun kata orang, Allah menduga umatNya yang kuat..dan Allah itu Maha Mengetahui kemampuan setiap hambanya dalam menghadapi dugaan. tapi saya sama sekali tidak dapat membayangkan kepedihan dan keperitan berpisah dengan cahaya mata sendiri dan semoga ia dijauhkan dari saya dan keluarga.

Namun, saya memohon kepada Allah..berilah kebahagian, kesihatan dan umur yang panjang kepada kami sekeluarga...dan janganlah Engkau menduga ku ke tahap yang tidak dapat ku hadapi amiin.

Al-Fatihah kepada Arwah..

3 comments:

  1. http://www.nst.com.my/nation/general/goodbye-khalid-1.85744

    ReplyDelete
  2. cube ko bace..penyakit ni arwah sorg je 1 malaysia. lom de cure..sedih weh mase tgk arwah

    ReplyDelete

tq for caring n sharing =)